Saturday, February 6, 2010

Mari cuci baju~

Saya sangat happy~ Oh kenapa saya happy? Sebab saya tak perlu memberus lagi~ [Bukan berus gigi tapi berus baju]. Yea yea. Saya memang MALAS sebenarnya nak pergi cuci baju berus-berus kat toilet tuh. Bukannya apa, tangan saya sangat alergy dengan sabun pencuci. [Ini adalah serius. bukan ayat menggedik]. Kalau terpaksa baru saya cuci baju kat toilet. Kalau tak, saya campak je kat makcik dobi suruh dorang yang cucikan. [Perkataan "campak" itu cuma sekadar metafora sahaja.]

Tapi kini, saya tak perlu campak dekat makcik dobi dan juga tak perlu cuci sendiri sehingga merosakkan tangan saya. Saya kasik washing machine kat HB4 yang cuci. Haha. Seronoknya~ Yea yea. Kat HB4 ada washing machine yang berbayar untuk digunakan. Lepas ni mesti saya rajin nak cuci baju. Sebab tak perlu susah payah nak perah-perah baju semua. Serahkan saja kepada washing machine itu. Yippie~

Oh ye. Saya kena berterima kasih kepada LANA sebab dia yang bagitau saya pasal washing machine tu. Kalau tak, saya memang tak tau pun. Saya memang lambat sikit update. Washing machine tu memang dah agak lama ada kat situ. Orang lain dah bertan-tan baju cuci kat situ. Saya je baru nak tau. Gahaha. Agak noob disitu. [saya masih tak paham maksud "noob" tu. Tau guna saja tapi tak tau maksud. ;p]

Ok dah. Saya rasa macam nak tido. Kalau rajinlah. Nyte2. Oh~! Sebelum terlupa~ Saya nak kamu lawat blog business saya. http://getstartwithherbalife.blogspot.com/ Kalau nak tau lebih lanjut, tanya saya ok?

Tata

Tuesday, January 19, 2010

-_-

Terima kasih Computer Graphic.

Sekian.

Wednesday, December 23, 2009

Merepek bersama Kit Kat

Tapi saya tak makan Kit Kat time tulis entry ni. Ha. Exam dah habis. Tapi performance macam tahi. So bersiap sedia saja dengan result yang akan datang. *straight face* Ok habis cerita pasal exam. Tamo cerita banyak-banyak sebab sangat tak menarik. Lalala.

Saya tak sure nak cerita pasal apa. Tapi saya rasa nak update blog. Mungkin sebab nanti time cuti saya agak jarang online or memang tak online terus, so sebab tu saya rasa nak tulis2 kat blog saya ni. Saya akan merindui blog ni selama 3 minggu.

Incik Blog, kamu jangan bersedih di kala ketiadaan saya selama 3 minggu nanti. Tunggu saja kepulangan saya wahai Incik Blog. Nanti lepas cuti, kalau saya RAJIN saya akan update cerita best kat kamu ok. Itu pun kalau RAJIN sahaja.

Kepada my readers, [again, if there is any] saya juga akan merindui kamu. Walaupun saya tak kenal siapa kamu. Haha. Kamu pun WAJIB rindu saya juga. [Nak paksa orang rindu. Boleh? Hoho]

Tetiba rasa entry ni pasal ucapan selamat tinggal selama 3 minggu pulak kan? Ok jugak lah kot. Daripada tak ada motif langsung. [entry sebelum ni pernah ke ada motif? macam banyak merepek saja]

Oklah. Kepada MMU student, selamat bercuti. Jumpa lagi tahun depan ya. Kepada readers saya, kita akan jumpa lagi tahun depan. Siapa yang balik kampung tu, berhati-hati di jalan raya ok. Merry Xmas kepada yang menyambut Xmas~

Happy New Year jugak. Bye 2009. I'm going to miss 2009 soooo much. Saya ada macam-macam memory dalam tahun 2009 ni. Saya akan merindui semua memory tu. T_T. Sebab saya tau, memory tu mungkin tak dapat diulangi lagi.

Dah. Rasa nak nangis.

Tata

Friday, December 18, 2009

Exam lagi~

Blerghh~ Exam week datang lagi. Perasan tak? Lepas 2 3 entry, saya cerita pasal exam. Nampak sangat saya jarang update blogkan? Pfftt~ Gila pemalas. Kalo malas nak update blog, baik tak payah ada blogkan? Seriously saya ada banyak cerita. Tapi jari ni malas gila nak type. Time jari tengah rajin, cerita pulak takde. [ok seryes. Ni mmg alasan saja.]

Berbalik kepada kisah exam saya tu tadi, saya tiga paper sem ni. Computer Security (20.12.2009), Computer Networks (21.12.2009), Computer Graphic (22.12.2009). Adeyh. Mati. Sekarang dah 18.12.2009. Ada 2 hari lagi untuk 1st paper. Study tak habis lagi. Paper pulak direct. Kena study laju-laju ni Tapi sempat lagi nak update blogkan? Takpe. Demi readers yang saya sayangi. Ok macam sangat gedik. [BTW ada readers ke? Kita anggap saja ada walaupun mungkin macam tak ada]

Dah. Saya tamo tulis panjang-panjang sebab saya kena study laju-laju macam jet. Kadang-kadang saya rasa macam nak jadi scanner saja. Cepat sikit kan? Scan saja, lepas tu semua input dapat. Haha. Ok cukup. Berenti berangan benda-benda yang sememangnya tak akan berlaku. Sangat buang masa. Lagi elok gunakan masa tu untuk buka Facebook. Eh silap. Untuk study. :D

Kepada student MMU, selamat study dan selamat exam~ Jangan lupa tidur jugak. Bagi otak kamu rehat untuk jawab exam. :D

Tata.

Friday, December 4, 2009

Bulu ayam color2

Hello~

Saya beli bulu ayam color-color. Dah lama saya nak beli bulu ayam tapi selalu malas. Kadang-kadang lupa je. Tadi bila jalan-jalan dalam mini mart kat bawah HB3 tu, terjumpalah bulu ayam yang pelbagai color tu. Terus beli tanpa perlu berfikir 2 3 kali sebab sebelum ni dah banyak fikir. [mini mart HB3 tu kecik saja. Nama pun MINI mart. "jalan-jalan" tu bukan lah seperti window shopping di Pavillion.] Sekarang saya boleh sapu habuk atas meja dengan senang hati. Oooppss! Kantoi meja selalu berhabuk. Memang la. Bilik ni pakai kipas je. Kalau pakai aircond nanti hostel fee naik smpai beribu. Tamo. Sekarang pun hostel fee dah naik tanpa reason. Bencikan. Kalau nak cerita pasal hostel, sampai 7 keturunan pun tak habis lagi. Ppffftttt~ Ok. Tamo cerita pasal hostel atau pun hostel fee. Sakit hati.

Balik je bilik terus guna bulu ayam ni [benda baru mesti teruja sket nak guna]. Sekarang meja dan printer saya sudah bebas habuk. Sangat seronok~ Tapi habuk berterabur kat lantai pulak. Nanti lah baru sapu. [maybe kena beli penyapu baru then baru rajin kot? haha]. Color yang terlibat mewarnakan bulu ayam tu adalah color Pink, [ala tapi dia bukan pink mcm ni. color dia shocking pink] Hijau, Kuning. Saya bagi tau warna je lah. Malas nak upload sekeping gambar bulu ayam. Macam leceh. Lagi pun ia hanya bulu ayam. Tak ada apa yang perlu dibanggakan sangat.

Ok dah.

Tata~

Wednesday, December 2, 2009

^_^

Tadi (2 Dec 2009) derma darah untuk kali ke dua. Ye. baru 2 kali saja derma. So sekarang tengah berada dalam happy mode sebab berjaya derma darah untuk kali ke 2. Yeayy~~ *melompat keriangan* [Thanks syg sebab teman~ ;)]

Ok dah. Tu je nak cakap. Sebenarnya saya ada benda nak cerita-cerita. Tapi saya tiba-tiba lupa. Dia macam *pooff* hilang. Pergi mana pun tak tau. Isk. Tak suka betul. Di saat saya tengah bersemangat nak type2, time tu lah boleh lupa. T_T

Oklah. Nanti kita dating lagi ye incik blog. Masa kita masih banyak. Macam nak bagi nama saja dekat blog nih. Tapi malas nak fikir. Lain kali je. Buat masa ni nama kamu "incik blog" saja. Pffftttt~ benda yang merepek lagi banyak dari cerita asal. Ceh. Dah. Berenti merepek.

Tata~

Sunday, November 29, 2009

Cinta..

Perasaan cinta tu rasa macam mana?


Cinta tu sebenarnya... apabila kita rasa ingin sentiasa bersama dengan orang yang kita suka... perasaan ingin memiliki dan dimiliki.... rasa nak hidup senafas dengannya... dan takut kehilangannya..

Lagi..??

Cinta adalah satu perasaan apabila kita mula berdebar-debar setiap kali kita bersama dengannya. Dan setiap kali kita bersama dengannya, kita akan rasa seperti masa tu cemburu dengan kita sehinggakan satu hari dengannya akan rasa seperti satu jam. Sebab itulah kita akan menyalahkan masa yang bergerak terlalu pantas. Dan cinta juga satu sentuhan..

Sentuhan..?

Setiap kali kita bersentuhan, kita akan rasa satu perasaan yang..... MAGIC. Perasaan yang berdegup dan berdebar tadi tiba-tiba akan berhenti berdegup dan masa yang bergerak pantas tiba-tiba akan berhenti berdetik. So that was cinta. :)


Petikan dari Rona Roni Macaroni

Tuesday, November 24, 2009

New look

Ok. Saja bagi blog ni mekap sikit. Kesian blog ni sebab saya abaikan wajah dia. Enjoy dengan wajah baru blog saya. Cantik sikitkan ada corak-corak. Tapi warna hitam tetap menjadi pujaan hatiku~ Hee :D.

Tata

Monday, November 23, 2009

White dress part 2

Ha~ ingat lagi cerita pasal White dress hari tu? [Sape tak ingat, ketok kepala. Entry tu kat bawah ni je.] Okeh2. Berenti ketok kepala. Kesian pulak tengok. [Boleh nampak ke?]. Mari baca cerita pasal birthday party Nik. Actually, kiteorang datang lambat sikit [sebenarnya bukan lambat sikit. Tapi lambat banyak] sebab pukul 7.30pm baru confirm ada kereta nak pergi. Ni semua salah Halu. Haha. Oh. Lupa bagi tau. kiteorang tu adalah Saya, Mukhlish, Sanie, Soul, Halu. Orang lain pun ada jugak datang lambat. Tapi tak payah la cerita. Nanti separuh entry ni cerita pasal orang datang lambat je. Tamo tamo.

Birthday party Nik best. [kalo ckp tak best nnt Nik marah. Hehe. Kidding je Nik~]. Makanan semua yummy~ *thumbs up*. Lepas tu siap ada game lagi. Tapi saya tak join. Saya tengok dan gelak saja. Semua yang hadir malam tu mengikut theme yang dah ditetapkan oleh Cik Nik ni. Lelaki pakai baju hitam, perempuan pakai baju putih. Persoalannya kini, berjayakah saya mencari dress/baju putih tu? Mesti la berjaya~~ Kalau tak, saya tak pergi la birthday party Nik. Nak tau macam mana boleh berjaya? Saya berjaya tukarkan baju hitam saya jadi color putih atas bantuan fairy. *ching* baju pun bertukar putih. Takdelah. Tipu je. Ok2. Serius. Bila saya korek-korek almari saya, saya jumpala baju putih. Ada je rupanya. Cuma saya lupa akan kehadirannya. Sorry baju. Sebab awak color putih, tu pasal saya buat-buat lupa.

So malam tu saya showed up macam ni.

Ye ye. Saya tau saya dah kurus. Nanti saya cerita macam mana saya kurus. Eh yeke? Ke kamu tengok saya sama saja? Kalau sama saja, salahkan mata kamu.

Itu jelah rasanya nak cerita. Update lambat sikit sebab baru mintak gambar dari Rein. Ada banyak lagi gambar. Tapi malas nak upload kat sini. Tengok kat Facebook je la. Itupun kalau kamu kawan saya kat Facebook. ;p.

Tata


Sunday, November 15, 2009

White dress

Tiba-tiba teringat yang saya ada blog. So sebab tu lah saya post entry baru. Kalau tak post entry baru tu, maknanya saya lupa saya ada blog. Haha. Oh. Sebelum tu, cerita kat bawah ni pasal exam kan? Haa. Result saya ok~ :D. Ok dah. Abes cerita pasal exam. Saya tulis blog ni pun bukan nak cakap pasal exam.

Memandangkan title tu tulis "White dress" so cerita dia pasal white dress la. So jangan merepek cerita pasal benda lain. Apa yang menarik sangat dengan white dress ni? Tak menarik pun. Sebab saya TAK SUKA warna putih. Haha [maaf ye kepada peminat white color]. Tapi sekarang ni, saya terpaksa berlakon yang saya sukaaaaa sangat warna putih. Kenapa? Sebab Jumaat depan (20 Nov), saya dijemput oleh Nik ke birtday party dia [invitation card dia comel. ada bulu-bulu2 ;p] dan dress code untuk perempuan adalah WARNA PUTIH, dan lelaki pulak WARNA HITAM [tiba-tiba nak bertukar menjadi lelaki time malam birtday party tu. Boleh?].

Korek-korek almari, hampir 97% baju saya yang tergantung dalam almari tu WARNA HITAM. Adeyh. Kena korek-korek kat kedailah nampaknya. Tapi ada masalah jugak kalau nak korek-korek kat kedai. Sebab sebelum korek kat kedai, kene korek-korek purse dulu. Tapi bila korek purse, ada resit je. Bahahaha.

Oleh itu, saya perlu berusaha untuk adakan jugak baju/dress warna putih tu. Good luck kepada saya untuk mencari dress putih itu. Tak pun saya tukar baju-baju yang berwarna hitam dalam almari tu kepada warna putih. Boleh ke macam tu? Haa. Sesiapa ada kenal tak mana-mana fairy yang turun dari langit lepas tu munculkan satu dress putih yang cantik? Ala macam fairy tale tu. Kalau ada, tolong kasi contact number fairy tu eh? Ngahahahah.

Ok lah. Dah malas tulis. Saya nak pergi window shopping dress putih kat blog-blog orang ni. Kita tengok je lah apa hasilnya 20hb nanti. Hoho.

Tata.

To Nik,
Teela tukar theme dengan Mukhlish la eh? Teela jadi witch, Mukhlish jadi angel. ;p

Love is...
© BLACK riding hood stories - Template by Blogger Sablonlari - Font by Fontspace